“Nanti Laki Makcik Saya Rampas Pulak Nanti” – Diganggu Netizen Di WhatsApp, Ibu Cupcake Aisyah Buat Laporan Polis
Masih belum berakhir nampaknya isu berkaitan pengkhianatan yang didakwa berlaku antara pensohor media sosial, Kasih Iris Leona dan juga pelakon baru, Cupcake Aisyah.
Terbaru, ibu kepada Aisyah, Sue Razip dilaporkan telah menerima satu kiriman WhatsApp berbaur ugutan daripada seorang individu yang tidak dikenali.
Perkara itu dikongsikan Sue menerusi hantaran di Instagram buat pengetahuan pengikut selain turut meminta pertolongan netizen untuk mencari siapakan individu di sebalik mesej tersebut.
Jangan backup anak ya makcik. Kena bagi teguran bukan backup. Acik pun dah tua. Fikir-fikir sendiri. Nanti laki makcik saya rampas pulak nanti.
Berikutan itu, Sue difahamkan telah membuat laporan polis susulan mesej ugutan yang diterimanya.
Dia juga sedang mencari peguam bagi tujuan menyelesaikan kes fitnah melampau yang diterima ahli keluarganya.
Sebelum ini, Aisyah yang merupakan seorang YouTuber terkenal didakwa telah merampas bekas teman lelaki sahabatnya iaitu anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source