Pelabuhan Bintulu diserah kepada Sarawak pada Jun
KUCHING – Kerajaan Persekutuan dijangka menyerahkan Pelabuhan Bintulu kepada Kerajaan Sarawak pada Jun nanti.
Perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak menerusi satu kenyataan bersama, selepas ia diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Bersama Persekutuan – Negeri yang diadakan di sini, hari ini.
Mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Timbalan Premier merangkap Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook.
“Kesepakatan telah dicapai bagi memuktamadkan penyerahan Pelabuhan Bintulu kepada Kerajaan Sarawak pada Jun 2024,” katanya.
Kenyataan itu menambah, susulan itu Kementerian Pengangkutan Malaysia akan membentangkan Rang Undang-Undang pemansuhan Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu, 1981 pada sesi persidangan Parlimen kelak.
Pada masa sama, katanya bagi memastikan operasi Pelabuhan Bintulu tidak terkesan dan terganggu oleh proses penukaran status, Kerajaan Sarawak akan mewujudkan Lembaga Pelabuhan Bintulu (Sarawak) di bawah Ordinan Lembaga-Lembaga Pelabuhan, 1961.
“Memorandum Persefahaman (MoU) akan ditandatangani pada Februari 2024 bagi merealisasikan penyerahan Pelabuhan Bintulu kepada Kerajaan Sarawak,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source