Wanita terkejut nama pelajar ‘Baby Girl’
PETALING JAYA – Seorang wanita terkejut apabila mengetahui bahawa salah seorang pelajar kursusnya bernama ‘Baby Girl’.
Menerusi perkongsian Nina Othman di Facebook, dia berasa keliru kerana sebelum ini menganggap pelajar tersebut hanya bergurau atau sekadar menggunakan nama panggilan.
“Saya cakap kat peserta-peserta program hari ni, cuba guna nama profesional untuk letak di media sosial bagi tujuan pengenalan diri bila bergelar seorang usahawan nanti.
“Saya minta kalau boleh, janganlah pakai nama-nama seperti ‘Sweet Girl’, ‘Pinky Comel’ dan “CuteBear33’ sebagai nama anda.
“Untuk aktiviti ini, pakai nama betul tapi nama pendek sahaja yang penting bukan nama samaran dan semua pun bersetuju,” katanya.
Dia berasa marah dan hairan apabila salah seorang pelajarnya terus menggunakan nama ‘Baby Girl’, walaupun telah diberi arahan sebelum ini.
“Untuk kepastian, saya pun tanya dia dan memang betul itu namanya,” jelasnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur dengan perkongsian itu dan menganggap nama tersebut unik.
“Mesti ibu bapa dia orang asing. Mereka suka letak nama anak pelik-pelik,” komen KZ.
“Mak ayahnya sayang sangat dekat anaknya sampai ke tua dan di mana saja akan panggil nama baby,” ujar Desy Natalia. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source