Diserang Vertigo, Alyah Minta Doakan Kesihatan Tok Ram
Penyanyi Datin Alyah memaklumkan suaminya maestro muzik terkelan, Datuk Ramli MS diserang vertigo ketika dalam perjalanan ke Singapura.
Menerusi perkongsian di Instagram, Alyah berkata Tok Ram mengadu kepala berpusing dan terus ke hospital sebaik saja memasuki Singapura.
BACA: “Yang Suruh Batalkan Konsert, Orang Yang Tak Beli Tiket” – Tok Ram
“Tok Ram rancang nak balik Singapura 2 hari bulan malam nak sambut ulang tahun kelahiran saya tapi kita merancang Allah menentukan.
“Masa nak angkat barang, Tok Ram kata kepala dia berpusing then dia tunggu kejap dalam kereta sementara saya masukkan barang dalam teksi,” katanya.
Menurut Alyah, keesokan harinya dia dan Tok Ram ke hospital untuk untuk melakukan pemeriksaan rapi susulan kerap mengalami vetrigo. sejak kebelakangan ini.
Dalam pada itu, Alyah turut meluahkan rasa syukur melihat keadaan kesihatan Tok Ram yang semakin pulih dan dapat berkumpul dengan keluarga di Singapura.
Sementara itu, Alyah turut memohon maaf kerana tidak dapat menjawab semua panggilan dan membalas ucapan ketika hari lahirnya serta meminta mendoakan kesihatan suaminya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source