Terpalit Isu KWSP, Shuib Buka Restoran Patin
Sebelum ini terpalit dengan isu membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pekerjanya, pelawak Shuib terus meluaskan empayar membuka restoran House Of Patin di Jalan Kampung Hulu, Melaka.
Memetik Kosmo, Shuib berkata restoran itu adalah perniagaan bersama dua lagi rakan kongsi Max Koh dan Ahmad Daniar yang juga pengasas House Of Patin-Restoran Lipis di Kuala Lumpur.
BACA: Gaji Watie Separuh Pendapatan Shuib
“Saya sudah lama kenal Daniar, tekak pun dah lima tahun asyik makan patin tempoyak restorannya jadi memang sentiasa cari peluang untuk bekerjasama.
“Kedai ni memang kita bawa menu asal House Of Patin -Restoran Lipis dengan seleksi ikan jenis biasa sehingga ‘kayangan’,” katanya.
Dalam pada itu, Shuib berkata dia akan terus bergerak kehadapan selepas terpalit dengan isu lewat membayar KWSP serta menjadikan pengajaran di atas apa yang berlaku.
“Kita belajar daripada apa yang mungkin tidak ‘proper’, ada kesilapan atau terlepas pandang, kita terus bergerak ke depan.
“Saya akan teruskan selagi mana saya rasa buat benda yang betul, dugaan itu biasa dan saya sentiasa ambil pengajaran daripada apa yang berlaku,” katanya.
Difahamkan, Restoran House Of Patin menawarkan pelbagai menu ikan serendah RM13 untuk patin goreng sehingga patin buah pada harga RM28 bagi setiap 100 gram.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source