Warga asing isi minyak RON95 disiasat
SHAH ALAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menjalankan siasatan berhubung kes tular sebuah stesen minyak di Rawang yang menjual petrol bersubsidi kepada warga asing, baru-baru ini.
Pengarah KPDN Selangor, Mohd. Zuhairi Mat Radey berkata, ini melibatkan sebuah kenderaan bernombor pendaftaran Thailand yang mengisi RON 95.
Katanya, semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati kejadian itu berlaku pukul 9.16 pagi, Isnin lalu.
“Seorang lelaki disyaki warga Thailand membayar RM100 di kaunter bayaran untuk membeli minyak tersebut dan semakan pada resit jualan mendapati kereta tersebut mengisi minyak petrol RON 95 sebanyak 48.8 liter,” katanya pada sidang akhbar di hari ini.
Jelas Mohd. Zuhairi, pemilik premis berusia lingkungan 40-an diberi notis arahan bagi mengemukakan dokumen mengikut Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961.
“Dokumen yang diperlukan itu sudah dikemukakan individu berkenaan dan disita bagi tindakan lanjut, siasatan terperinci masih dijalankan dan sabit kesalahan memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.
Tambah beliau, ia merupakan kes pertama yang direkodkan di Selangor pada tahun ini dengan pihaknya memandang serius serta memberi amaran kepada semua pengusaha stesen minyak supaya tidak menjual petrol bersubsidi kepada warga asing.
Terdahulu, tular video berdurasi 13 saat di aplikasi X memaparkan pembelian RON95 oleh sebuah kenderaan dengan nombor plat kenderaan Thailand. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source