Pemandu maut kereta langgar pacuan empat roda berhenti tepi jalan
KUALA SELANGOR – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dinaiki melanggar belakang kenderaan pacuan empat roda yang berhenti di tepi jalan Kilometer 54.6 Lebuh raya Pantai Barat (WCE) di sini, hari ini.
Mangsa berusia 30an itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, lima termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.16 petang.
Katanya, berdasarkan maklumat awal kemalangan melibatkan kenderaan masing-masing jenis Perodua Axia dan Mitsubihi Triton.
“Kedua-dua kenderaan dari Kapar ke Kuala Selangor dengan pemandu Mitsubhi Triton tersebut telah memberhentikan kenderaan di tepi jalan atas urusan kerja.
“Perodua Axia itu kemudiannya telah melanggar belakang pacuan empat roda tersebut dan tersepit serta tidak sedarkan diri,” katanya hari ini.
Jelas beliau, pihaknya kemudiannya berjaya mengeluarkan mangsa sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan.
“Kes diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source