Klopp panik cincin kahwin hilang
LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berdepan detik cemas apabila kehilangan cincin perkahwinan ketika asyik meraikan kejayaan pasukannya menewaskan Newcastle United 4-2 di Anfield awal pagi semalam.
Kemenangan itu amat bermakna buat pengendali berusia 56 tahun tersebut kerana ia membolehkan The Reds melebarkan penguasaan di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kelebihan tiga mata ke atas Aston Villa di tangga kedua.
Bagaimanapun, Klopp menarik nafas lega dan mencium cincin tersebut selepas menemuinya di tengah padang di Anfield hasil bantuan daripada jurukamera televisyen.
“Jujurnya saya tak boleh gambarkan kejutan ini. Saya berasa amat lega ia ditemui semula,” kata pengendali dari Jerman tersebut.
Insiden itu berlaku selepas tamat perlawanan ketika Klopp memasuki padang mengucapkan tahniah kepada para pemainnya dan menuju ke bahagian para penyokong sebelum beliau menyedari cincin tiada di jarinya.
Klopp dikatakan terus ‘menyelongkar’ rumput di sekitarnya, malah turut bertanyakan kepada steward padang untuk membantunya mencari, sebelum beliau diberitahu oleh jurukamera lokasi cincin berkenaan.
“Saya pernah hilang sekali dan ketika itu saya memerlukan penyelam profesional kerana ia jatuh dalam laut. Mungkin sekarang sudah tidak begitu muat kerana saya sudah hilang satu atau dua kilogram (berat),” ujar Klopp. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source