Gempa bumi Jepun: 120 masih terperangkap, angka korban cecah lebih 55 orang
TOKYO: Ramai dikhuatiri masih terperangkap dan sekurang-kurangnya 120 menunggu diselamatkan pasukan penyelamat.
Lapor Skynews.net, pasukan penyelamat bergelut dalam suhu beku untuk sampai ke kawasan terpencil di mana ramai orang dikhuatiri terperangkap di bawah bangunan yang tumbang.
Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata, 3,000 penyelamat menemukan kebakaran dan kerosakan yang meluas ketika mereka cuba untuk sampai ke hujung utara semenanjung Noto.
Kata Kishida, terdapat kira-kira 120 kes orang menunggu penyelamatan.
“Kerajaan mengerahkan pasukan penyelamat kecemasan daripada pasukan pertahanan, polis dan bomba ke kawasan itu (terjejas) dan sedang melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa serta menyelamatkan mangsa dan mangsa.
“Kami menerima laporan bahawa masih ramai menunggu untuk diselamatkan di bawah bangunan runtuh,” katanya.
Di Suzu, Datuk Bandarnya, Masuhiro Izumiya berkata, bandar pesisir pantai dengan lebih 5,000 isi rumah berhampiran pusat gempa menunjukkan 90 peratus rumah mungkin musnah.
Gempa bumi kuat melanda bahagian tengah Jepun kelmarin dengan ukuran 7.6 Magnitud dengan amaran tsunami.
Lebih sejuta penduduk diarahkan berpindah ke tempat tinggi dan 55,000 kediaman terputus bekalan elektrik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source