Straits terima sijil ISCC EU beri peluang teroka bidang perdagangan biofuel marin, bunkering
PETALING JAYA – Straits Energy Resources Berhad (Straits) melalui anak syarikatnya Tumpuan Megah Development Sdn. Bhd. (Tumpuan Megah) telah dianugerahkan pensijilan daripada skim International Sustainability and Carbon Certification (ISCC EU).
Ini akan membuka jalan kepada syarikat untuk meneroka perniagaan perdagangan biofuel marin dan bunkering pada suku pertama 2024.
Ia juga menjadikan peserta industri yang pertama memperoleh pensijilan ISCC EU sebagai pembekal dan peniaga biofuel, menerajui usaha industri untuk mengurangkan jejak karbon perkapalan.
Pengarah Urusan Straits, Datuk Seri Ron Ho Kam Choy berkata, melalui pensijilan tersebut, keyakinan pelanggan bakal bertambah terhadap kemampanan bahan mentah bio dan kebolehkesanan produk ini di seluruh rantaian bekalan.
“Kami berbangga dengan pencapaian Tumpuan Megah atas pencapaian ini dan syarikat bakal memulakan operasi bunkering dan perdagangan biofuel marin pada suku pertama tahun ini.
“Kami berharap segmen ini bakal menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan pendapatan masa depan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.
Menurut Kam Choy, berbanding pengangkutan jalan raya dan penerbangan, perkapalan adalah kaedah paling kurang menggunakan karbon untuk mengangkut barangan.
Bagaimanapun, industri perkapalan telah mula beralih kepada bahan api alternatif dan sumber tenaga untuk mengurangkan kesannya terhadap alam sekitar, selaras dengan Pertubuhan Maritim Antarabangsa 2023 (IMO) Strategi Gas Rumah Hijau (GHG).
IMO telah menetapkan sasaran untuk mengurangkan pelepasan GHG sekurang-kurangnya 40 peratus menjelang tahun 2030.
Tambah beliau, penggunaan biofuel mampan dengan pelepasan GHG yang jauh lebih rendah daripada bahan api fosil, dijangka memainkan peranan penting. -KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source