“Saya Manusia Biasa, Yang Tak Baik Janganlah Ikut”
Baru-baru ini perkongsian pelakon Aprena Manrose menjadi perhatian apabila memuat naik gambarnya mengenakan hoodie dan topi sehingga menampakkan bahagian leher.
Susulan perkongsian itu, ada netizen mempersoalkan tindakannya itu seolah memberi bayangan bahawa dia tidak akan lagi bertudung.
BACA: Pakai Hoodie Nampak Leher, Aprena Manrose Bagi Bayangan Buka Tudung?
Menerusi perkongsian di Isntagram, Aprena berkata dia hanya manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan serta menerima teguran dengan hati terbuka.
“Saya manusia biasa, yang baik silalah ikut dan yang tak baik daripada saya janganlah anda mengikut. Apa pun terima kasih kerana menyayangi seadanya, tegur kerana sayang,” katanya.
Dalam pada itu, Aprena turut meminta pengikutnya untuk mengikuti sebuah program keagamaan yang akan disiarkan pada bulan Ramadan nanti.
Sebelum ini Aprena berkata dia pernah terdetik untuk membuka tudung, namun dia sering mengingati pesanan bapanya yang juga penyanyi, Iwan Syawan serta sentiasa meminta bapanya untuk mendoakan buat dirinya
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source