IWK Giat Jalankan Aktiviti Tanggungjawab Sosial Di Bawah Program “IWK Cares”
Menjalin hubungan dengan komuniti setempat adalah antara keutamaan yang diberikan syarikat pembetungan nasional, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd. Melalui aktiviti tanggungjawab sosial syarikat yang dinamakan “IWK Cares”, IWK baru-baru ini telah mengadakan program komuniti “potong rambut secara percuma” sempena cuti sekolah di IWK Eco Park @ Pantai Dalam.
“IWK melaksanakan program komuniti sosial ‘potong rambut secara percuma’ kepada 100 lelaki & 100 perempuan pelajar yang tinggal berhampiran Lembah Pantai dan Pantai dalam,” kata Ketua Jabatan Komunikasi Korporat IWK, Wan Esuriyanti Wan Ahmad.
Program ini dianjurkan bagi memupuk kesedaran tentang pentingnya menjaga keterampilan diri dengan mesej ‘Rambut Kena Kemas, Dik!” serta membantu masyarakat setempat yang memerlukan.
“Objektif program ini dilakukan adalah bagi membantu penduduk setempat untuk memberikan kesedaran tentang pentingnya penjagaan dan kebersihan diri. Pada masa yang sama, ia adalah salah satu cara kami menyantuni penduduk setempat,” ujar Wan Esuriyanti.
Di samping itu, menurut Wan Esuriyanti, taman di tengah kota – IWK Eco Park – bakal membuka pusat pengumpulan minyak terpakai yang akan dikendalikan pada tahun hadapan. Pusat pengumpulan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada penduduk berhampiran Lembah Pantai menghantar minyak masak terpakai dan dapat mengumpul mata bagi mendapat baucar yang boleh ditukarkan kepada barangan keperluan rumah.
“Inisiatif ini adalah selaras dengan hasrat syarikat dalam memberi kesedaran kepada orang ramai
agar tidak membuang minyak masak ke dalam sinki rumah yang boleh merosakkan paip pembetungan bawah tanah, yang akhirnya akan mencemar alam sekitar,” jelasnya.
Di program lain, IWK telah terlibat sama di Program ‘Reuse, Educate, Nurture dan Empower With Waste’ (R.E.N.E.W) anjuran ICEPS UiTM.
Program itu merupakan inisiatif yang baik ke arah melestarikan alam sekitar dan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti.
Program yang berlangsung di Dataran Sri Angkasa Jaya itu telah berjaya mengumpul lebih 100 kilogram (kg) minyak masak terpakai, sekali gus mencerminkan peningkatan kesedaran komuniti setempat di sekitar Lembah Pantai terhadap aspek pengurusan minyak masak terpakai.
IWK Eco Park @ Pantai Dalam yang terletak kira-kira 10 kilometer daripada pusat bandar Kuala Lumpur ini di bina di atas Loji Rawatan Kumbahan (LRK) yang moden dan terbesar di rantau Asia Pasifik iaitu Loji Rawatan Kumbahan Serantau Pantai 2 (RSTP2), dengan keluasan kira-kira 12 hektar.
Untuk maklumat lanjut mengenai IWK Eco Park @ Pantai Dalam atau membuat tempahan untuk sebarang kemudahan sukan atau rekreasi, sila layari www.ecopark.iwk.com.my atau hubungi 03-22 420 420.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js?v=next’);
window.fbAsyncInit = function() {
FB.init({
appId : ‘271636379888218’,
xfbml : true,
version : ‘v3.2’
});
FB.AppEvents.logPageView();
};
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, “script”, “facebook-jssdk”));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source