Haram bagi umat Islam sertai Christmas Carolling
PETALING JAYA – Hukum menyertai Christmas Carolling bagi umat Islam adalah haram kerana lirik lagu-lagunya yang mengandungi unsur agama Kristian dan bercanggah dengan syarak.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam kenyataannya menjelaskan, pada dasarnya Islam tidak mengharamkan hiburan selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak dan tidak mengandungi unsur keagamaan agama lain.
“Sehubungan itu, umat Islam hendaklah menjauhi upacara-upacara keagamaan agama lain sama ada dalam bentuk nyanyian atau lainnya,” katanya hari ini.
Penjelasan tersebut susulan soalan daripada seorang pengirim yang memohon pencerahan berhubung persembahan Christmas Carolling sempena sambutan Hari Krismas bagi memeriahkan penghuni wad dan pengunjung sebuah hospital.
Dalam pada itu, kenyataan itu turut menjelaskan, Christmas Carolling bermaksud lagu yang bertemakan Krismas, kebiasaannya ia dinyanyikan pada Hari Krismas.
“Istilah noel kadang kala digunakan terutamanya bagi lagu-lagu karol yang berasal dari Perancis. Lagu-lagu ini mula diketahui pada abad keempat, namun lagu Krismas dalam bahasa Inggeris muncul pada tahun 1426 dalam penulisan John Awdlay yang telah menulis 25 lagu ‘caroles of Cristemas’.
“Hari ini lagu-lagu Christmas Carolling masih lagi mengandungi unsur-unsur keagamaan kristian seperti lagu yang bertajuk A Bone God Wot,” ujarnya.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, secara asasnya hukum nyanyian adalah diharuskan selagi mana ia tidak berunsur pemujaan dan galakan minum arak, pergaulan bebas tanpa batas, lirik yang menyanggahi syariat dan akidah Islam serta melalaikan pendengar dan pengamal muzik daripada tanggungjawab dan kewajipan agama.
Dalam masa sama, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 April 2005 telah membincangkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam.
“Muzakarah telah memutuskan bahawa, dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source