Tiada perbincangan, peniaga Medan Samudera minta penutupan
MELAKA: Kira-kira 100 peniaga di Medan Samudera, Banda Hilir di sini meminta kerajaan negeri mempertimbangkan penutupan jalan Zon Bebas Kenderaan daripada 54 jam kepada hanya 18 jam.
Timbalan Pengerusi Persatuan Penjaja Peniaga Pengusaha Kecil Melayu Melaka (PPPPKMNM) Cawangan Melaka Bandar, Abdul Rahim Embi berkata, penutupan jalan selama tiga hari bermula petang Jumaat itu menjejaskan kehadiran pengunjung terutama pelancong ke medan berkenaan.
Menurutnya, apabila jalan ditutup, pelancong yang menaiki bas, kereta dan motosikal tidak datang ke kawasan itu.
“Cuma yang kami minta tempoh masa penutupan jalan daripada 54 jam bermula semalam dipendekkan kepada 18 jam seperti mana sebelum ini jalan ditutup dari pukul 6.00 petang hingga 12.00 tengah malam setiap Sabtu.
“Jika permintaan kami ini dapat dipertimbangkan agar jalan ditutup selama enam jam sehari dapatlah kami berniaga pada sebelah siang.
“Lega rasanya kalau jalan tidak ditutup pada sebelah siang dan bila jalan ditutup bermula pukul 6.00 petang, kami sudah boleh tutup perniagaan,” katanya dalam sidang akhbar di Medan Samudera, hari ini.
Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir dilanjutkan selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad dan bukannya hanya pada Sabtu, seperti sebelum ini.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman berkata, penutupan dari pukul 6 petang sehingga 12 tengah malam itu adalah sebagai tempoh percubaan bagi melihat aliran trafik sepanjang tempoh 54 jam.
Tambah Abdul Rahim, semua peniaga di Medan Samudera tidak menghalang usaha kerajaan negeri mewujudkan Zon Bebas Kenderaan, namun langkah pelaksanaannya wajib diperhalusi supaya tidak menjejaskan mana-mana pihak.
Katanya, keputusan penutupan jalan selama 54 jam tidak dimaklumkan terlebih dahulu kepada peniaga dan mereka hanya mengetahuinya melalui hantaran di laman sosial Facebook.
“Kami diberi taklimat mengenai Zon Bebas Kenderaan ini pada Ogos lalu, tempoh percubaan penutupan jalan hanya pada Sabtu sahaja dan tidak tahu pelaksanaan selama tiga hari dalam tempoh 54 jam,” ujarnya. – UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source