Bekalan ayam tidak terjejas ekoran tindakan MyCC
KLANG – Tindakan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengenakan penalti terhadap lima syarikat ekoran pembentukan kartel penetapan harga makanan ayam tidak akan menjejaskan bekalan ayam.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu sebaliknya memberi jaminan bekalan ayam, telur serta bahan mentah lain mencukupi sepanjang musim perayaan sehingga Aidilfitri tahun depan.
“Insya-ALLAH (bekalan) cukup dan sentiasa ada. KPKM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sentiasa bekerjasama untuk menghadapi musim perayaan termasuk Krismas, Tahun Baru Cina, Ramadan dan Aidilfitri.
“Kita mahu pastikan telur, ayam dan keberadaan dua benda itu. Harga dan manipulasi ditentukan oleh KPDN. Saya tidak boleh komen, bukan di bawah kuasa kementerian saya,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara (Amanah) 2023 di sini hari ini.
Mohamad yang juga Presiden Amanan berkata, tanggungjawab memeriksa serta menentukan harga bahan mentah di pasaran terletak dalam bidang kuasa KPDN.
Beliau namun menegaskan, KPKM sentiasa memberi kerjasama dengan semua kementerian yang berkaitan dalam menyalurkan maklumat.
“Harga dan manipulasi ditentukan oleh KPDN. Kita beri kerjasama, tidak bergerak secara silo. Semua kementerian bekerjasama dalam menangani keterjaminan makanan,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan, aebanyak RM415 juta penalti dikenakan terhadap lima syarikat pengeluar makanan ayam yang didapati melanggar seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712) melalui pembentukan kartel penetapan harga ayam.
Hasil siasatan MyCC sejak Januari 2020 hingga Mac 2022 mendapati terdapat potensi gangguan pasaran makanan ayam dengan pelbagai bukti dalam bentuk pengumuman harga, corak harga dan komunikasi dalam kalangan perusahaan. – KOSMO! ONLINE.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source