Siti Mastura ada 3 minggu jawab saman Guan Eng
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kepala Batas Dr. Siti Mastura Muhammad diberi tempoh tiga minggu dari sekarang oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, bagi memfailkan pernyataan pembelaan dalam kes saman fitnah yang dikemukakan tiga pemimpin DAP terhadapnya.
Saman itu berhubung ucapan Siti Mastura dalam ceramah pada Pilihan Raya Kecil Kemaman, yang mana saman tersebut difailkan secara berasingan oleh Pengerusi DAP Lim Guan Eng, bapanya Tan Sri Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim selaku plaintif pada 27 November lepas.
Peguam Datuk S.N Nair yang mewakili tiga pemimpin itu berkata mahkamah mengarahkan Siti Mastura selaku defendan memfailkan pernyataan pembelaan sebelum atau pada 11 Januari 2024 depan selain turut mengarahkan ketiga-tiga plaintif memfailkan jawapan kepada pembelaan tersebut sebelum atau pada 26 Januari 2024.
“Mahkamah menetapkan 9 Februari 2024 untuk pengurusan kes selanjutnya,” katanya.
Peguam itu mengesahkan demikian selepas pengurusan kes secara e-Review di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Tunku Intan Nadiah Tunku Mohammed Nazarin.
Selain Sankara, ketiga-tiga plaintif turut diwakili peguam Jaden Phoon Wai Ken dan Wong Guo Jin manakala peguam Mohamad Hakim Faharmi Hassan mewakili Siti Mastura selaku defendan.
Menerusi pernyataan tuntutan, ketiga-tiga plaintif mendakwa Siti Mastura telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mempunyai pertalian dengan Parti Komunis dan ketuanya Chin Peng serta bekas Perdana Menteri pertama Singapura, mendiang Lee Kuan Yew.
Mereka mendakwa ketika ceramah pada 4 November lepas, defendan telah membuat beberapa kenyataan yang merujuk secara langsung dan tidak langsung kepada ketiga-tiga plaintif iaitu mereka mempunyai hubungan dengan parti komunis, menyokong serta mengamalkan selain menyebarkan ideologi dan falsafah komunisme dalam negara.
Ketiga-tiga ahli politik itu menegaskan bahawa dakwaan defendan adalah tidak berasas, palsu serta berniat jahat kerana sengaja mengaitkan mereka dengan parti komunis serta Chin Peng.
“Tindakan defendan jelas sekali didorongi dengan tipu muslihat untuk mendapatkan publisiti bagi menaikkan imej parti politik defendan,” menurut ketiga-tiga plaintif.
Oleh itu, mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta perintah injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menerbitkan kenyataan sama. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source