Permusuhan kaum, agama perlu dinoktah
PETALING JAYA: Permusuhan kaum dan agama bukan sahaja perlu dihindari tetapi dinoktahkan untuk mengubah minda masyarakat dalam memperkukuh hubungan rakyat Malaysia bagi membina sebuah negara maju.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua pihak hendaklah mengubah minda dan membebaskan diri daripada permusuhan kaum dan agama yang dilihat boleh menjejaskan perpaduan sesama rakyat.
“Tidak kira di mana rakyat Malaysia berada, permusuhan kaum dan agama perlu dihindari mahupun dinoktahkan bagi memperkukuh hubungan kita semua dalam membina sebuah negara maju,” katanya.
Anwar berkata demikian sewaktu bertemu diaspora Malaysia di Tokyo, Jepun dalam sesi santai minum petang semalam dan dimuat naik dalam Facebook beliau hari ini.
Perdana Menteri selesai mengadakan lawatan kerja ke Jepun bermula 16 hingga 18 Disember lalu untuk menyertai Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun.
Dalam lawatan itu, beliau mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawat beliau dari Jepun, Fumio Kishida.
Pada masa sama, Anwar berkata, lawatan kerja ke Jepun berjaya menarik potensi pelaburan bernilai RM6.56 bilion sekali gus disifatkan berjaya dan membanggakan.
“Saya tekankan pertemuan dengan pelbagai pihak termasuk rakan sejawat Fumio Kishida jelas menunjukkan bahawa hubungan Malaysia-Jepun kini menyaksikan anjakan baharu dari segi kerjasama pelaburan, perdagangan, pendidikan dan teknologi,” katanya.
Semalam, Perdana Menteri menganggap lawatan kerja lima harinya ke Jepun berjaya dan amat menggalakkan apabila membawa pulang potensi pelaburan ke negara kira-kira RM6.56 bilion dan jumlah itu sekali gus menjadikan keseluruhan pelaburan dari negara itu terhadap Malaysia meningkat kepada RM30 bilion setakat ini.
Sabtu lalu, Perdana Menteri menyertai pertemuan bersemuka dengan ahli perniagaan dan kapten industri di Tokyo, termasuk wakil Rohm Wako yang merupakan pelabur terbesar sektor semikonduktor di Kelantan dengan kilang di Pengkalan Chepa, Kelantan.
Untuk rekod, ini merupakan lawatan rasmi sulung Perdana Menteri ke Jepun sejak memegang jawatan itu pada 24 November 2022. – UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source