Aina Abdul Menangis Imbau Kenangan 4 Tahun Jadi Penyanyi Kelab Malam
Penyanyi Aina Abdul tidak dapat menahan air mata apabila mengenang kembali kisah hidupnya menyanyi di kelab malam selama empat tahun.
Menerusi temu bual eksklusif bersama program Show Dalam Bilik, Aina berkata kata-kata seorang individu membuatkan dia bangkit untuk mengembangkan lagi bakatnya.
BACA: Tak Basuh Lebih 200 Baju Show, Aina Abdul Nak Buat Galeri Satu Hari Nanti
“Dalam empat tahun juga saya menyanyi di kelab untuk cari duit. Setiap minggu saya akan menyanyi di sekitar Bukit Bintang, Changkat, restoran dan beberapa tempat.
“Ketika itu ada beberapa orang industri yang datang tengok show saya dan dia kata ‘sayang la kau nyanyi dekat sini, siapa yang nak tengok?’. Ayat itu membangunkan saya.
“Ibarat satu tamparan hebat dalam hidup saya. Mungkin kerana saya sudah selesa dengan kehidupan saya ketika itu sebagai seorang penyanyi kelab malam.
“Kalau tanya saya jujur, adakah menyanyi di kelab seronok? Saya akan kata itu adalah momen terbahagia dalam hidup. Sebab dalam kelab tiada seorang pun yang menilai saya,” katanya.
Mengenang kembali kenangan ketika menyanyi di kelab malam, Aina berkata ianya pengalaman tidak dapat dilupakan lebih-lebih lagi individu-invidiu yang menghargai bakatnya serta tidak menilainya.
“Bayangkan saya berhijab dan menyanyi di dalam kelab yang menyajikan minuman alkohol. Ikut logik itu bukan tempat yang sesuai untuk wanita berhijab buat menyanyi.
“Tetapi orang yang mengundang saya menyanyi mereka tidak kisah tentang personaliti saya, mereka kisah tentang bakat saya, alhamdulillah itu peluang.
“Saya rasa dihargai dan tidak langsung dinilai. Dari situ juga saya mencari diri yang sebenar dan terlahirlah Aina Abdul. The real Aina Abdul sebenarnya lahir ketika dia menyanyi di kelab malam.
“Dengan nasihat beberapa orang yang suruh saya keluar dari situasi itu dan akhirnya saya nak keluar. Bukan kerana saya tidak suka, tetapi saya agak letih. Dengan umur yang semakin meningkat, saya kata perlu buat sesuatu. Cari rezeki yang lebih luas di luar,” katanya.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js?v=next’);
window.fbAsyncInit = function() {
FB.init({
appId : ‘271636379888218’,
xfbml : true,
version : ‘v3.2’
});
FB.AppEvents.logPageView();
};
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, “script”, “facebook-jssdk”));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source