Saya bukan pelawak – Azira Shafinaz
PETALING JAYA – Terkejut, terharu dan bangga dengan trofi kemenangan Pelakon Wanita Terbaik (Komedi) yang diraih dalam majlis anugerah Asian Academy Creative Awards (AACA), si cantik Azira Shafinaz bagaimanapun bertegas, dia bukanlah pelawak atau pelakon komedi sebagaimana disalahfaham segelintir pihak.
Aktres dan penyanyi kumpulan De Fam itu berkata, pengiktirafan diterima pada 7 Disember lalu bukan mengangkatnya sebagai bintang komedi, sebaliknya Pelakon Wanita Terbaik untuk drama komedi.
“Saya bukan pelakon komedi dan kena jelaskan supaya tiada sesiapa salah faham, namun pada masa sama bersyukur apabila ada pihak melihat kemampuan saya sebagai dalam genre itu.
“Saya menang trofi Pelakon Wanita Terbaik untuk watak komedi bagi drama Ijab Kabut yang bergenre komedi romantik , manakala watak saya bawakan iaitu Deanna juga memang kelakar.
“Penjelasan ini dibuat kerana saya tak nak ada yang pertikaikan kenapa saya menang trofi tersebut, sedangkan saya bukan pelawak,” katanya.
Pemilik nama penuh Azira Shafinaz Ramlan, 32, itu turut menzahirkan perasaan gembira meraih pengiktirafan di peringkat Asia selepas sedekad menceburi arena seni.
Biarpun enggan dikenali sebagai aktres komedi, Azira terbuka untuk berlakon dalam drama genre sebegitu sekali gus mencabar diri memperbanyakan lagi kepelbagaian selain watak serius atau berat.
“Alhamdulillah tak sangka rezeki saya rupanya di luar negara sebab selama 10 tahun dalam lakonan saya tidak pernah dapat peluang bawa pulang trofi.
“Tidur pun saya peluk trofi kerana apabila bangun keesokan harinya saya baru dapat rasa semua ini bukan satu mimpi.
“Insya-Allah selepas ini saya lebih sedia berlakon dalam drama berunsur lawak sebab sebelum ini pun saya pernah terlibat dalam program Sepahtu Reunion,” ulasnya.
Azira menjadi artis tunggal Malaysia yang membawa pulang trofi pada acara berkenaan mengalahkan tiga lagi calon dalam kategori sama iaitu Jeanie Ng Ka Yan (Hong Kong), Ratna Pathak Shah (India) dan Isabelle Daza (Filipina).
Akuinya, air mata juga menitis laju sebaik diumumkan sebagai pemenang sehingga terpaksa ditenangkan artis senior, Susan Lankester yang bnertindak sebagai penyampai anugerah ketika namanya diumumkan pemenang.
“Sejujurnya saya pun tak sangka diiktiraf di peringkat Asia. Susan tenangkan saya, memang sebak kerana sepanjang 10 tahun, inilah trofi pertama saya terima serta bangga menjadi wakil tunggal Malaysia yang menang,” katanya.
Dalam perkembangan terbaharu, Azira bersama kumpulannya De Fam diumumkan layak memasuki Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-38 (SFMM38). Lagu mereka Berubah tersenaria antara 30 lagu yang merebut tempat untuk ke malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 38 (AJL 38) pada 3 Mac tahun depan.- KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source