Pulau Pinang galak belia terus libatkan diri dalam pertanian
PERMATANG PAUH: Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa menggalakkan penglibatan generasi muda dan belia di negeri ini dalam mempelopori aktiviti serta perusahaan berkaitan pertanian.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, penglibatan generasi muda dalam bidang pertanian ketika ini perlu diketengahkan bagi membantu mereka menjana pendapatan yang lebih baik.
Pada masa sama, katanya, penglibatan generasi tersebut secara lebih meluas juga dapat membantu mengukuhkan agenda keterjaminan makanan khususnya di Pulau Pinang.
“Menyedari kepentingan golongan belia dalam bidang pertanian, kerajaan negeri telah menyediakan dua program berkaitan iaitu Program Petani Pelapis dan Program Tabung Usahawan Tani untuk memperkasakan peranan mereka dalam sektor pertanian ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri dan Ekspo Agro Buddies Universiti Teknologi Mara (UiTM) di kampus cawangan universiti itu di sini, hari ini.
Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi negeri, Fahmi Zainol dan Rektor UiTM Pulau Pinang, Prof. Dr. Ahmad Rashidy Razali.
Berlangsung selama tiga hari bermula semalam, karnival bertemakan ‘Keterjaminan Makanan Untuk Masa Depan’ itu bertepatan dengan aspirasi sambutan yang memberi tumpuan kepada aplikasi teknologi, inovasi dan modenisasi sektor pertanian yang selaras dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2023 (DAN 2.0).
Mengulas lanjut, Kon Yeow berkata, menggalak dan mengekalkan golongan muda dalam bidang pertanian, penternakan dan perikanan adalah antara tiga fokus utama yang digariskan dalam tema penganjuran karnival berkenaan.
“Fokus kedua ialah untuk menawarkan kecanggihan agroteknologi dan inovasi pertanian melalui beberapa program seperti Bengkel Tanaman dan Pertandingan Inovasi.
“Sementara itu, fokus ketiga pula adalah meliputi program dan aktiviti Madani yang dianjurkan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan FAMA (Lembaga Pemasaran Persekutuan) Pulau Pinang dan sebagainya,” ujar beliau. – UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source