Suami bakar isteri gara-gara cemburu
JAKARTA – Seorang suami sanggup membakar isterinya disebabkan cemburu buta dalam kejadian di rumah mereka di Jakarta Selatan, lapor portal berita prohaba hari ini.
Menurut pegawai polis tempatan, Bintoro, kejadian berlaku selepas si suami menemui mesej pada telefon bimbit mangsa daripada lelaki lain yang menjadi idolanya.
“Setelah mengambil tong dan minyak petrol. Dia menuangnya di atas kepala mangsa,” kata Bintoro pada satu sidang akhbar.
Dia kemudian membakarnya dengan menggunakan mancis tetapi isterinya berjaya melarikan diri sebelum jirannya membantu memadamkan api pada tubuh wanita tersebut dan menghantar mangsa ke hospital.
Sebanyak 70 peratus badan isterinya melecur, manakala suaminya ditahan polis.
Suspek boleh dipenjara sehingga 10 tahun jika didapati bersalah membakar isterinya. – AGENSI
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source