Penemuan mayat wanita: Polis tahan seorang, kesan dua lagi warga asing
SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki warga asing bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat wanita yang disimen pada bahagian kolah dalam bilik air sebuah rumah dekat Kampung Pendamar Fasa 1, Pandamaran, Klang pada malam semalam.
Lelaki berusia 53 tahun itu ditahan dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Klang esok untuk permohonan reman.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan awal juga mengenal pasti dua lelaki warga asing yang menyewa di rumah berkenaan pada September 2019 hingga Oktober 2021 dipercayai terlibat dalam kes tersebut.
Menurutnya, kedua-dua supek terbabit masing-masing bernama Ranjit Singh dan Mandeep Singh.
“Pihak polis mengenal pasti dua lelaki warga asing yang menyewa di rumah tersebut dipercayai terlibat dalam kes ini. Polis sedang mengesan kedua-dua suspek berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan suasana di kawasan perumahan berkenaan gempar apabila mayat seorang wanita ditemukan disimen dalam rumah tersebut.
Difahamkan, mayat mangsa dipercayai warga asing itu disimen pada satu ruang dalam tandas rumah tersebut.
Seorang jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, dia terkejut melihat kawasan luar kediamannya dipenuhi anggota polis dan bomba, kira-kira pukul 9.30 malam.
Dalam pada itu, Hussein ketika dihubungi menjelaskan penemuan mayat tersebut berlaku selepas pemilik rumah berkenaan membuat laporan di Balai Polis Pandamaran pada pukul 10.58 malam Ahad lalu.
Menurutnya, berdasarkan laporan, pemilik diberitahu oleh kontraktor yang membetulkan bumbung rumahnya, terdapat mayat di dalam kolah di bilik air.
“Pada bulan November lalu, pengadu meminta seorang kontraktor warga asing untuk membaiki bumbung rumah tersebut, semasa membayar gaji pembaikan, lelaki itu memberitahu rakannya yang sudah pun pulang ke negara asal memaklumkan kepadanya terdapat mayat di dalam kolah.
“Justeru, bagi mengesahkan maklumat tersebut, pengadu membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.
Polis siasat dua penyewa kemudian
Tambah Hussein, sebelum itu pemilik memaklumkan dia membuat pemeriksaan pada kolah berkenaan dan mendapati ia disimen lalu meminta penjelasan daripada dua penyewa terbabit.
“Penyewa warga asing itu memberikan alasan air dari bangkai tikus mengalir masuk ke dalam kolam. Tanpa mengesyaki apa-apa, pengadu menyewakan rumah itu kepada orang lain,” katanya.
Ujarnya lagi, selepas itu pemilik berkenaan menyewakan pula rumah tersebut sebanyak dua kali kepada penyewa berlainan dan polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti jika terdapat kaitan dengan penyewa baharu.
“Siasatan dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mayat dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat pada 6 Disember ini.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta untuk menyalurkannya terus kepada Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.
“Pihak polis juga menasihatkan kepada orang awam supaya tidak menularkan mana-mana gambar berkaitan kejadian ini di dalam media sosial yang boleh mendatangkan kegusaran kepada masyarakat,” jelasnya. – UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source