Suami curi motosikal untuk penuhi keinginan isteri
JAKARTA – Gara-gara bimbang ditinggalkan isteri, seorang lelaki dari Kunir, wilayah Jawa Timur sanggup mencuri sebuah motosikal bagi memastikan dia dapat memenuhi keinginan wanita itu, lapor laman berita Warta Bromo.
Yoyok Adi, 37, melarikan sebuah motosikal bersama konconya Yusuf, 35.
Mereka menyamar sebagai penghibur jalanan sebelum melarikan motosikal milik seorang mangsa yang diletakkan di tepi jalan.
Aksi mereka bagaimanapun dirakam kamera televisyen litar tertutup (CCTV) sebelum polis berjaya mengesan dan menahan kedua-dua pelaku.
Selepas disoal siasat, Yoyok mengaku bahawa isterinya mengugut untuk diceraikan jika dia gagal memberikannya sebuah motosikal dalam masa tiga hari.
“Isteri saya mengugut dengan meminta cerai. Disebabkan saya tidak memiliki motosikal selama ini, dia berlaku curang dengan lelaki lain kerana saya seorang yang tidak berharta,” ujarnya.
Disebabkan takut kehilangan wanita itu, Yoyok nekad mencuri motosikal dengan bantuan Yusuf.
Kedua-dua mereka masih dalam tahanan pihak polis untuk siasatan lanjut. – AGENSI
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source