[VIDEO] ‘Saya pakai baju ni sebab bangga ayah kerja driver’
PETALING JAYA – Seorang murid perempuan menyentuh hati ramai pengguna media sosial apabila dengan bangganya memakai pakaian seragam pemandu kereta ketika sambutan Hari Kanak-Kanak, baru-baru ini.
Menerusi video yang dimuat naik oleh bapanya dikenali sebagai @roy_scott76 di akaun TikTok, anaknya memilih untuk memakai pakaian pemandu kereta kerana mengikut tema kerjaya yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
Ketika diminta guru ke depan, murid Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam itu, dengan bangganya memberitahu seluruh kelas bahawa ayahnya bekerja sebagai pemandu kereta.
“Saya pakai pakaian seragam pemandu kereta ini kerana saya bangga dengan bapa saya,” katanya.
Setelah ditanya sama ada ingin bertemu bapanya atau tidak, murid tersebut terperanjat sebelum berlari memeluk bapanya yang tunggu di luar kelas membuat kejutan.
“Terima kasih kakak kerana berbangga dengan Babah. Babah cuma menumpang rezeki kakak. Babah masih ingat waktu Ummi mengandungkan kakak, Babah dapat kerja ni.
“Terima kasih sayang, Babah sayang kakak dan adik dunia akhirat. Terima kasih pihak sekolah yang beri peluang pada saya untuk beri kejutan buat anak di Hari Kanak-Kanak bertemakan kerjaya,” tulis bapanya di ruangan kapsyen.
Sehingga kini, videonya mendapat lebih 172,800 tontonan, 10,100 tanda suka dan 240 perkongsian.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata memuji murid berkenaan yang berbangga walau apa jua kerjaya bapanya serta mendoakan agar menjadi anak yang solehah.
“Allahuakbar, menangis tengok video ni. Semoga menjadi anak yang solehah. Terima kasih berkongsi momen bersama ayah. Al-Fatihah buat ayah saya,” komen Marina.
Disamping itu, ada juga beberapa pengguna lain yang turut berbangga dengan kerjaya bapa masing-masing sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.
“Ayah saya pemandu lori. Kadang hantar kami dua beradik naik lori. Tidak malu pun, Alhamdulillah kami berdua berjaya habiskan belajar sampai ijazah,” komen PipsMallkid.
“Abah aku pengawal keselamatan. Aku bangga dengan dia. Sebab aku tahu tidak mudah. Terima kasih, aku tak akan pernah cukup untuk balas setiap pengorbanan dia,” komen Nuraff pula. – KOSMO! ONLINE
@roy_scott76 TERIMA KASIH KAKAK Terima kasih Kakak kerana berbangga dengan Babah..Babah cuma menumpang rezeki Kakak.. Babah masih ingat waktu Ummi mengandungkan Kakaklah,Babah dpt kerja ni.. Terima kasih syg,Babah syg Kakak dan Adik dunia akhirat.. ***Terima kasih pihak sekolah yg beri peluang pada sy utk beri kejutan buat anak di HARI KANAK² BERTEMAKAN KERJAYA.. #harikanakkanak #kerjaya #kerjayaberseragam #kerjayaberuniform #shuberhebat #sekkebhulubernam #anakbabah#fyp ♬ original sound – Roy_Scott76
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source