Nafuzi intai slot ke Liga Juara-Juara Asia
KOTA BHARU: Pengendali Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Nafuzi Zain menegaskan peluang pasukannya mengintai slot ke saingan Liga Juara-Juara Asia musim depan masih terbuka.
Beliau berkata, pertemuan dengan Selangor FC di Stadium Darul Aman pada 2 Disember ini bakal menjadi titik penentu buat kedua-dua pasukan.
“Sekarang ini perebutan kedudukan kedua liga antara KDA dan Selangor. Kita akan turun sebagai tuan rumah ketika menentang Selangor pada minggu hadapan dan bagi saya itulah titik penentunya.
“Bagaimanapun segalanya akan dimuktamadkan selepas perlawanan terakhir liga sama ada KDA berjaya mencipta kemenangan ke atas Selangor atau tidak,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini semalam.
Walaupun merasakan Selangor mempunyai kelebihan berbanding pasukan kendaliannya, Nafuzi tetap optimis Sang Kenari mampu melebarkan sayapnya ke pentas Liga Juara-Juara Asia pada musim depan.
“Kerana itu kita perlu kekal konsisten untuk baki dua perlawanan nanti. Sifirnya senang sahaja… menang kedua-dua perlawanan dan kita layak ke AFC Champions League. Semuanya bergantung kepada pasukan kita sendiri. Jadi kita kena ‘all out’,” katanya.
Mengulas perlawanan malam tadi, jurulatih kelahiran Kelantan itu memberitahu beliau sebenarnya tidak mengutamakan jumlah jaringan yang berjaya dicetak kerana tumpuan utama adalah untuk mencari tiga mata penuh.
Beliau juga tidak merasakan pertemuan dengan Kelantan malam tadi sebagai perlawanan yang mudah kerana beliau cukup faham sikap barisan pemain Kelantan FC apabila bermain di tempat sendiri.
“Yang penting dapat tiga mata penuh dan saya tidak mengutamakan sangat jumlah jaringan. Kalau dapat jaringan besar kira bonus buat kami. Lebih penting pemain-pemain saya tidak mengalami kecederaan dan tiada hukuman penggantungan perlawanan.
“Pada separuh masa kedua kami sebenarnya bukan memperlahankan rentak perlawanan walaupun mendahului 4-0. Cuma pemain-pemain lebih tenang, tambahan pula saya memang mahu mengelakkan kecederaan dan hukuman penggantungan untuk persedian perlawanan akan datang,” ujarnya.
Kemenangan ke atas Kelantan FC itu menyaksikan KDA FC terus menghambat kedudukan Selangor FC yang kini hanya dibezakan dengan dua mata selepas Hijau Kuning berjaya mengumpul 53 mata. – UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source