Pelan hidrologi, sistem saliran atasi banjir kilat di Kota Bharu
KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan akan melaksanakan pelan hidrologi dan sistem saliran bandar bagi mengatasi masalah banjir kilat di sekitar daerah ini terutamanya di Wakaf Che Yeh dan Tunjong di sini.
Pengerusi Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Dr. Izani Husin berkata, pelan itu melibatkan kerja-kerja naik taraf Sungai Seribong dan tali air milik Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) untuk dijadikan sebagai saliran.
Menurutnya, pembinaan dua kolam takungan dengan setiap satu berkeluasan 11.112 hektar dan 5.84 hektar itu bagi mengumpulkan air dari longkang dan saliran dalam kawasan pembangunan sebelum dilepaskan ke laut.
“Selain itu, kita akan membina dan naik taraf longkang termasuk saliran sedia ada ke kawasan tadahan dan ‘invert level’ seperti yang diperakukan oleh kajian hidrologi dan sistem saliran.
“Kerajaan negeri juga akan meninggikan aras pelantar tapak kawasan pembangunan agar semua tapak pembangunan berada pada aras selamat banjir,” katanya ketika menjawab soalan Shaari Mat Yaman (Pas-Bunut Payong) pada Persidangan Kali Kedua (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Izani memberitahu, selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melaksanakan Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (Pisma) di daerah ini bagi mengenal pasti punca kejadian banjir kilat.
Katanya, ia akan dijadikan sebagai rujukan dalam merancang infrastruktur saliran, langkah-langkah penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang secara komprehensif bagi menangani kejadian banjir kilat dikawasan tersebut.
“Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan Fasa 1 sedang dilaksanakan oleh JPS dengan nilai RM480 juta.
“Ia melibatkan tiga komponen utama iaitu Rancangan Tebatan Banjir, Living River dan Saliran Mesra Alam.
“Kerja pembaikan Sungai Kelantan dan pembinaan benteng sepanjang tiga kilometer (km) dari Kampung Tikat ke Kedai Buloh, Kota Bharu (sambungan Fasa 1) dan 5.6 km dari Palekbang ke Kok Majid, Tumpat.
“Pembinaan benteng banjir sejauh 1.4 km di Kampung Laut, Tumpat, Saliran Bandar Tunjong yang melibatkan kawasan sungai untui kerja-kerja pengerukan Sungai Pengkalan Datu turut dijalankan. Selain itu, muara sungai tersebut turut melalui proses pengukuhan tebing termasuk kerja-kerja Water Treatment System di Sungai Pengkalan Chepa,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source