Tang Jie-Ee Wei jangan gentar berdepan juara dunia
PETALING JAYA: Jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto berharap agar anak didiknya, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mengeluarkan segala ajaran yang telah diperturunkan menjelang perhitungan dengan juara dunia tiga kali, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi suku akhir badminton Kejohanan Masters Kumamoto, Jepun hari ini.
Ia bakal menjadi misi yang mencabar buat Tang Jie dan Ee Wei memandangkan untuk tahun ini sahaja, pasangan negara ini sudah pun tumpas dua kali kepada gandingan No. 1 Dunia itu, bermula ketika di Terbuka Jepun pada Julai, disusuli aksi suku akhir di Sukan Asia Hangzhou bulan lalu.
Justeru, Nova harap mereka tidak lagi gugup, sebaliknya cuba menggunakan kelebihan fizikal yang dimiliki untuk mengatasi pasangan China itu.
“Mungkin mereka tidak ada banyak strategi tetapi jangan ragu-ragu dalam gelanggang kerana mereka masih muda dan ada kelebihan fizikal. Mereka kurang yakin apabila jumpa pemain yang sukar untuk dibaca,” kata Nova.
Terdahulu, Tang Jie dan Ee Wei memastikan slot suku akhir menjadi milik mereka selepas mengatasi rakan senegara, Shevon Lai-Goh Soon Huat dengan keputusan 16-21, 21-13, 21-13 di pusingan kedua semalam.
Set pertama mereka bermain mengikut rentak lawan sehingga menyebabkan mereka sukar untuk mengawal gelanggang. Selain itu, rancangan tersebut turut menyaksikan mereka agak ragu-ragu di dalam gelanggang.
“Memasuki set kedua, mereka mula mengeluarkan permainan sendiri dan tidak mengikut rentak pemain lawan. Dari situ baru saya nampak mereka bermain laju dan lebih banyak melakukan serangan,” tambah Nova.
Turut sama akan turun beraksi pada perlawanan suku akhir hari ini adalah beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang akan membuat perhitungan dengan jaguh tuan rumah, Arisa Higashino-Yuta Watanabe.
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah yang pula akan menentang pasangan Jepun, Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto.
Malang buat perseorangan lelaki, Ng Tze Yong yang tidak mampu mengulangi magis ketika Kejohanan Seluruh England apabila tumbang di tangan pemain No. 1 Dunia, Viktor Axelsen dengan keputusan 22-20, 11-21, 18-21. – UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source