Ahmad Samsuri calon Pas PRK Kemaman
KEMAMAN – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar diumum sebagai calon Pas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman.
Pengumuman itu dilakukan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man di Arena Square, Chukai di sini sebentar tadi.
Ahmad Samsuri yang genap 53 tahun hari ini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang dan Naib Presiden Pas.
Sebelum ini, bekas Panglima Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor sebagai calon Barisan Nasional (BN).
Kosmo! 27 September lalu melaporkan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan calon Pas, Che Alias Hamid di kerusi Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ekoran wujud unsur sogokan dilakukan parti itu sewaktu berkempen.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari penamaan calon PRK Kemaman pada 18 November ini sebelum pengundian pada 2 Disember ini.
Pada PRU15, Che Alias memenangi kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti 27,179 undi dengan menewaskan tiga calon lain iaitu Datuk Seri Ahmad Said (BN), Hasuni Sudin (Pakatan Harapan) dan Rosli Ab. Ghani (Parti Pejuang Tanah Air).- KOSMO! ONLINE
The post Ahmad Samsuri calon Pas PRK Kemaman appeared first on Kosmo Digital.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source