Amaran ribut petir di negeri Semenanjung serta Sabah dan Sarawak
PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memberi amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang akan berlaku di semenanjung serta Sabah dan Sarawak.
Antara negeri yang terlibat amaran tersebut adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya .
Negeri yang berada di Pantai Timur juga terlibat di Kelantan, Terengganu di daerah Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir dan dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu menerusi laman sosial rasmi MetMalaysia melaporkan, MetMalaysia meramalkan cuaca signifikan bagi tempoh empat hari bermula esok,16 November melibatkan beberapa negeri di semenanjung serta Sabah dan Sarawak.
“Berdasarkan analisis model-model cuaca dan luruan monsun dijangka berlaku cuaca signifikan pada 16 hingga 19 November 2023. Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di pantai timur dan utara Semenanjung serta timur Sabah dalam tempoh berkenaan.
“Pada masa yang sama, angin kencang dan laut bergelora juga dijangka berlaku di Laut China Selatan.
“MET Malaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) yang melibatkan negeri Kelantan dan Terengganu berkuat kuasa pada 16 hingga 18 November 2023 manakala, bagi negeri Pahang dan Sabah pula berkuat kuasa pada 17 hingga 19 November 2023,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Condore, Utara Reef North dan Layang-Layang turut berkuatkuasa pada 16 hingga 19 November 2023
Turut dinyatakan negeri yang terlibat dalam amaran ribut petir tersebut adalah Negeri Sembilan (Jelebu dan Seremban), Melaka dan Johor (Tangkak, Segamat, Kluang dan Mersing).
“Di Sarawak daerah yang terlibat adalah Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Dalat dan Mukah), Miri (Subis, Beluru dan Miri) dan Limbang.
“Sabah pula di daerah Tawau, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas),” katanya.
Sementara itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman rasmi MetMalaysia untuk perkembangan cuaca terkini dan membuat semakan lokasi sekiranya disenaraikan dalam kategori amaran. – UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source