Empat Ahli Parlimen Bersatu dicabar letak jawatan, bertanding semula tiket Bebas
KEMAMAN: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mencabar empat ahli Parlimen parti itu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya meletak jawatan dan bertanding semula atas tiket Bebas setelah menghianati jentera parti dan pengundi yang memberikan kemenangan kepada pemimpin tersebut dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.
Ketua Penerangannya, Datuk Razali Idris berkata, cabaraan itu dibuat selepas tindakan empat Ahli Parlimen itu bertentangan dengan pendirian parti tersebut selama ini.
“Mereka seharusnya meletak jawatan, kosongkan kerusi dan bertanding semula atas tiket Bebas untuk menentukan sama ada mereka masih mendapat sokongan di Parlimen masing-masing.
“Mereka ini bijak, nak jadi wakil rakyat tetapi tak nak jaga kawasan. Kononnya, bila kita pecat mereka, mereka jadi Bebas dan tak ada tanggungjawab kepada kawasan yang diberi amanah.
“Saya fikir orang macam ni khianat, tiada hati perut dan tak fikir kerja keras jentera yang dah memberikan dia kemenangan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Kecil Kemaman di Chukai dekat sini, malam tadi
Selain itu, Razali memberitahu, pihaknya sedang dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik dan Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim.
“Dalam kes ini kita percaya wujud unsur-unsur sogokan yang menjanjikan habuan selepas mereka menyatakan sokongan terhadap perdana menteri dan kita akan pertimbangkan tindakan undang-undang termasuk membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.
Menurut Razali, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman pula telah digantung keahlian dan jawatan yang disandang mereka selama enam tahun. – UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source