Lebih 1,000 mangsa banjir di Selangor
SHAH ALAM: Jumlah mangsa banjir di Selangor dilihat meningkat berbanding semalam apabila seramai 1,288 orang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat pukul 12 tengah hari tadi.
Malah, lima PPS di Sepang merekodkan peningkatan lima keluarga hari ini berbanding empat, semalam melibatkan 122 keluarga yang terdiri daripada 461 mangsa banjir di daerah itu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, empat daerah di bawah pengawasan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) berdepan dengan situasi banjir iaitu Hulu Langat, Kuala Langat, Subang dan Sepang.
Bagaimanapun, menurutnya tiada lagi mangsa banjir ditempatkan di PPS Dewan Camelia, Putera Heights apabila kesemuanya sudah pun pulang ke rumah masing-masing selepas limpahan air surut sepenuhnya.
“Di Kajang sudah surut, tetapi keadaan stagnant masih berlaku di Sepang dan Kuala Langat apabila sehingga pukul 12 tengah hari tadi, di Kajang ada dua PPS dibuka yang melibatkan 28 keluarga atau 114 mangsa.
“Manakala di Sepang, lima PPS, semalam empat, hari ini lima yang melibatkan 122 keluarga, 461 mangsa. Subang sudah tutup iaitu PPS Dewan Camelia di Putera Heights, tiada lagi mangsa banjir di Subang.
“Manakala di Kuala Langat dan Sepang masih ada tiga PPS melibatkan 182 keluarga dan 713 mangsa. Masih keadaan yang sebelum ini adalah di Kuala Langat dan Sepang, masih kurang baik,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.
Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan Paras air Sungai Klang tinggi serta taburan hujan yang tinggi sejak minggu lalu dipercayai menjadi punca Kampung Bukit Lanchong, di sini dilanda banjir pada Isnin lalu.
Banjir tersebut menyebabkan sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka dekat Dewan Camelia, Putera Heights bagi menempatkan mangsa yang terjejas akibat bencana tersebut.
Pada Selasa lalu, seramai 96 orang yang terdiri daripada 20 buah keluarga yang menginap di PPS Dewan Camelia, yang dikawal selia Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.
Dalam pada itu, Hussein memaklumkan kira-kira 200 pegawai dan anggota polis di negeri ini digerakkan bersama agensi lain dalam menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dikatakan bermula pada Sabtu ini.
Namun, koordinasi tersebut dilaksanakan di peringkat IPD dengan agensi-agensi lain.
“Bagaimanapun polis sentiasa bersiap sedia bersama agensi lain menangani bencana banjir dari segi mencari dan menyelamat dan juga pengurusan di PPS.
“MTL masih di peringkat IPD contohnya di Kuala Langat melibatkan 28 kekuatan daripada IPD manakala keseluruhannya 83 daripada agensi lain. Kalau kita ambil di Sepang, kekuatan adalah 50 orang dari IPD Sepang. Kuala Langat 34 kekuatan anggota,” jelasnya.
Katanya lagi, penduduk yang tinggal dalam kawasan dikenal pasti berisiko banjir dikehendaki mematuhi arahan pihak berkuasa dan berpindah ke PPS sekiranya diarah berbuat demikian. – UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source