Kepada siapa Menara Berkembar Petronas mohon maaf?
KUANTAN: Individu yang mendakwa kakitangan Menara Berkembar Petronas bersikap pilih bulu dengan memberi layanan istimewa dan mendahulukan satu pasangan ‘mat saleh’ untuk menaiki Skybridge KLCC, Jumaat lalu mempersoalkan permohonan maaf dibuat pihak pengurusan menara tersebut.
Individu berkenaan, Datuk Shamsuddin Nawawi berkata, setelah membacanya, beliau mendapati permohonan maaf oleh pihak menara terbabit tidak merujuk kepada insiden yang berlaku ataupun tentang hantaran yang dibuat dalam laman sosial Facebooknya.
“Jadi Menara Berkembar Petronas memohon maaf tentang apa? Kepada siapa? Tidak juga merujuk kepada insiden seperti masa dan tarikh yang saya sebut. Atau pun kepada tiket yang saya paparkan serta gambar dua orang yang saya juga paparkan.
“Saya tidak dapat terima memohon maaf itu,” katanya di sini hari ini.
Terdahulu tular hantaran melalui laman Facebook Shamsuddin yang mendakwa amalan pilih bulu oleh kakitangan menara tersebut.
Dalam hantarannya berkata dia beratur pada pukul 11.30 pagi dan dapat membeli tiket untuk slot pukul 4 petang bagi menaiki menara tersebut.
Kemudian katanya, dia datang semula pada pukul 2 petang dan menunggu di ruang menunggu sehingga jam 3.45 petang untuk beratur bagi mengimbas tiket.
“Lebih kurang pukul 3 petang datanglah pegawai Melayu yang pakai tie warna Petronas itu ke kerusi bulat sebelah bertanya kepada couple Mat Saleh tiket naik pukul berapa.
“Mat saleh itu jawab pukul 4.15 petang. Pegawai itu kenyit mata dan (bagi) signal suruh couple mat salih itu ke depan supaya boleh naik awal.
“Mulalah tertanya-tanya apa hal pula mat salih boleh naik dulu. Saya ini yang dah tunggu lebih awal tidak pula dilayan begitu,” ujarnya.
Mengulas lanjut, Shamsuddin berkata, sebagai peguam, ia bukan permohonan maaf yang tidak berbelah bahagi dan tidak spesifik kerana tidak merujuk kepada insiden seperti dinyatakannya. – UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source