32 maut dalam kebakaran pusat pemulihan dadah
TEHERAN, Iran – Sekurang-kurangnya 32 orang terbunuh selepas kebakaran besar berlaku di sebuah pusat pemulihan dadah di utara Iran semalam.
“Seramai 32 orang mati dalam kebakaran pusat pemulihan dadah di bandar Langarud, dalam wilayah Gilan,” lapor agensi berita Fars yang memetik kenyataan Timbalan Gabenor Gilan, Mohammad Jalai.
Menurut Jalai, seramai 16 lagi mangsa cedera dengan empat daripada mereka berada dalam keadaan kritikal.
Kebakaran bermula pada waktu malam apabila sebuah alat pemanas terbakar sebelum api merebak pada langsir, kata Jalai kepada Fars.
Keadaan pusat pemulihan yang sesak menyumbang kepada jumlah korban yang tinggi, jelasnya lagi.
Laman web Mizan Online sebelum ini melaporkan bahawa seramai 27 orang maut dan 12 lagi cedera, namun menambah, bangunan itu boleh menampung kapasiti seramai 40 orang.
Rakaman yang disiarkan agensi berita ISNA menunjukkan api menjulang menerangi langit malam manakala kepulan asap naik ke udara.
Rakaman berasingan memaparkan anggota pasukan kecemasan, jentera bomba dan ambulans berkumpul di luar bangunan selepas api berjaya dikawal. – AFP
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source