Neelofa Akui Jaga Dua Anak Lebih Mencabar, Ambil ‘Night Maid’ Uruskan Anak
Selebriti popular Neelofa berkata dia merancang untuk kembali aktif dalam bidang seni selepas melahirkan cahaya mata keduanya, Abdullah Abbas pada 11 Julai lalu.
Memetik Oh Bulan, Neelofa berkata dia sudah mula bekerja sejak bulan lalu namun mengakui menguruskan dua cahaya mata lebih mencabar.
BACA: Farid Kamil Hadiahkan Diana Danielle Bunga, Neelofa Juga Nak Bunga Dari Suami
“Bermula minggu pertama September saya sudah agresif bekerja tapi sekarang musim anak-anak sakit, jadi kena duduk rumah pula jaga anak.
“Saya akui menjaga dua anak lebih mencabar, saya rasa tak cukup 24 jam, saya perlukan lebih jam. Cuma sekarang alhamdullillah saya ada jururawat malam yang datang untuk bantu si kecil supaya saya dapat tidur yang cukup,” katanya.
Dalam pada itu, Neelofa berkata pada awalnya boleh menjaga anaknya sendiri meskipun ada bantuan pembantu, namun dia meminta suami untuk mengambil jururawat malam.
“Bulan pertama saya jaga anak sendiri walaupun ada ‘maid’. Tapi selepas sebulan saya rasa tak boleh, jadi saya minta pada suami untuk ada jururawat malam,” katanya.
Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah terkenal iaitu Haris Ismail atau PU Riz pada 27 Mac 2021. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js?v=next’);
window.fbAsyncInit = function() {
FB.init({
appId : ‘271636379888218’,
xfbml : true,
version : ‘v3.2’
});
FB.AppEvents.logPageView();
};
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, “script”, “facebook-jssdk”));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source