PDRM FC hambat The City Boys
PETALING JAYA – Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM FC) serius berusaha untuk menamatkan saingan Liga Super di kelompok pertengahan selepas menewaskan Kuala Lumpur City (KL City) 2-0 pada aksi di Stadium MB Petaling Jaya sebentar tadi.
Pada perlawanan tersebut, skuad Warga Kota kendalian Nenad Bacina membariskan kesebelasan terbaik dengan jentera serangan diketuai oleh Zhafri Yahya, Romel Morales dan Tchetche Kipre.
KL City dilihat menguasai sebahagian besar perlawanan tetapi ketumpulan jentera serangan menyaksikan mereka gagal meraih sebarang mata.
Skuad The Cops pula dilihat bijak menggunakan peluang terhidang dengan meraih gol hasil jaringan Marcus Macauley pada minit ke-60 dan Fadi Awad mengesahkan kemenangan dengan jaringan kedua pada minit ke-74.
Keputusan tersebut menyaksikan KL City terus buntu tanpa sebarang kemenangan pada empat perlawanan terakhir yang diharungi ketika ini.
Sementara itu, PDRM yang dibimbing oleh Datuk Yunus Alif pula semakin cemerlang selepas turut berjaya menewaskan Penang FC 2-1 pada aksi separuh akhir kedua Piala Cabaran minggu lalu.
KL City dan PDRM kini meraih 31 mata di kedudukan ketujuh dan kelapan Liga Super tetapi skuad PDRM memiliki kurang satu perlawanan berbanding kelab Lembah Klang itu. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source