Gaji premium graduan TVET RM4,000 ke atas
KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menetapkan gaji premium untuk graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebanyak RM4,000 ke atas sebulan.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sekitar 10 peratus graduan TVET dari Universiti Awam (UA) atau rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) telah menerima gaji premium.
“KPT sedang beri perhatian kepada soal gaji diterima graduan TVET yang dilahirkan KPT. Dalam soal ini kita telah menetapkan dan memastikan supaya dilakukan sasaran peratusan graduan yang menerima gaji seboleh-bolehnya mendapat gaji premium.
“Kita definasikan gaji premium RM4,000 ke atas sebulan. Bagi graduan lepasan UA, mereka yang telah menerima gaji premium dalam lingkungan 10 peratus. Bagaimanapun graduan UA dengan gaji RM2,500 keatas adalah 38 peratus. Mereka ini yang mempunyai ijazah.
“Graduan lepasan politeknik, mereka yang sudah menerima gaji premium walaupun diploma 0.9 peratus. Yang menerima gaji RM2,500 ke atas sebulan pula sebanyak 6.1 peratus,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Muslimin Yahaya (PN-Sungai Besar) tentang usaha kerajaan dalam memartabatkan graduan TVET darioada segi upah dan gaji. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source