Kertas siasatan dakwaan rogol, fitnah terhadap Ebit Lew diserah ke AGC
KUALA LUMPUR – Dua kertas siasatan membabitkan kes pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali Ebit Lew telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), minggu lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kertas siasatan itu berkaitan dakwaan merogol dan dakwaan fitnah terhadap Ebit Lew.
“Kedua-dua kertas siasatan itu telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara minggu lalu.
“Saya tidak boleh mengulas lanjut kerana Ebit Lew sedang menghadapi kes mahkamah di Sabah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.
Terdahulu, media melaporkan pempengaruh daripada Indonesia, The Mondy Tattoo membuat laporan polis menyatakan dirinya telah dirogol oleh pendakwah tersebut.
Mohd Shuhaily dilaporkan berkata, Ebit Lew juga telah membuat laporan polis berkaitan dakwaan fitnah terhadapnya dan satu lagi laporan polis bagi menafikan kes rogol.
20 September lalu, polis telah merakam percakapan penyanyi rap, Caprice dan Mondy berhubung laporan yang dibuat Ebit Lew.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintenden Mohd Fairus Jaafar dilaporkan berkata, rakaman percakapan tersebut telah diambil di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor bagi siasatan lanjut.-KOSMO! ONLINE.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source