TPM cadang elaun petugas barisan hadapan JAKIM, JAIN, MAIN dinaikkan
BANGI – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyarankan elaun petugas barisan hadapan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dinaikkan sekurang-kurangnya setara dengan gaji minimum.
Ahmad Zahid berkata, kenaikan elaun itu wajar dilakukan bagi menghargai kerja-kerja dakwah yang membuatkan mereka perlu menyantuni banyak permasalahan terutamanya dalam kalangan saudara-saudara baharu termasuk di kawasan pedalaman.
“Oleh kerana pendakwah atau mubaligh ini dikategorikan sebagai usaha-usaha dakwah secara sukarelawan, namun Jabatan Agama Islam negeri-negeri dan JAKIM telah mengambil inisiatif untuk meletakkan mereka sebagai pendakwah perkhidmatan secara kontrak makan elaun yang diberikan secara relatif masih rendah.
“Tunggulah pengumuman yang akan dibuat Perdana Menteri Jumaat ini. Seharusnya gaji dan elaun menjurus ke arah sekurang-sekurangnya setara dengan gaji minimum,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Konvensyen Mualaf Madani Peringkat Kebangsaan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di sini hari ini.
Terdahulu, konvensyen tersebut adalah hasil penjenamaan semula daripada Konvensyen Saudara Muslim yang dianjurkan secara dwi tahunan oleh JAKIM.
Konvensyen itu juga merupakan medium kepada mualaf untuk berkongsi pengalaman dan bertukar pandangan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan mualaf dan saudara baru. – KOSMO! ONLINE.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source