Sumbat gelung besi lebih muatan sebab tiada lori lain
SHAH ALAM – Tiada lori lain, jadi sumbat semua gelung besi dalam kenderaan ini.
Itu alasan diberikan seorang pemandu treler membawa lebih muatan yang berjaya dikesan dalam Ops Patuh Khas Fasa 2 di Plaza Tol Kota Kemuning Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) malam ini.
Menurut pemandu berusia 47 tahun itu, kesemua gelung besi tersebut baharu sahaja diambil dari sebuah pelabuhan di Klang dekat sini untuk dihantar ke Senai, Johor.
Katanya, dia mengetahui bahawa perkara itu salah, namun terpaksa melakukannya selepas disuruh oleh majikannya.
“Kalau tidak bawa nanti majikan marah dan gelung besi itu akan ‘tersadai’ di pelabuhan tersebut.
“Jadi, saya terpaksa bawa dan kompaun akan dibayar oleh majikan nanti,” katanya.
Berdasarkan pemeriksaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati treler itu membawa lebih muatan sebanyak 17 tan daripada dibenarkan bagi kenderaannya.
Sepanjang operasi tersebut, didapati beberapa kenderaan perdagangan sanggup menggunakan tayar yang telah pecah sehingga boleh membahayakan pengguna lain.
Selain itu, dua buah lori telah disita termasuk salah sebuah daripadanya dibawa oleh pemandu etnik Rohingya dengan muatan barangan elektronik.
Sementara itu, Pengarah Penguatkuasa Kanan JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, operasi tersebut dijalankan bagi memastikan pematuhan undang-undang di kalangan pemilik dan pemandu kenderaan perdagangan.
Tambah beliau, sebanyak 265 buah kenderaan perdagangan telah diperiksa 55 daripadanya telah diambil tindakan selanjutnya.
“Kita mengesan sebanyak 239 kesalahan kesemuanya termasuk 33 daripadanya menggunakan tayar celup atau botak, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans (30) dan tiada lesen memandu (23) selain lebih muatan (6).
“Data ini menunjukkan kadar kepatuhan kenderaan perdagangan sangat rendah terutama kompetensi pemandu tiada lesen memandu ini. Sekiranya berlaku kemalangan pemandu ini (treler atau lori) tiada kecederaan parah namun pemandu kenderaan kecil yang menjadi mangsa,” katanya. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source