Malas Besarkan Isu, Mamat Ingatkan Nabil Hati-Hati Bila Bergurau
Penyanyti Mamat Exist mengingatkan pelawak dan pengacara Nabil Ahmad supaya lebih berhati-hati ketika bergurau semasa mengacarakan program All Stars Gegar Vaganza.
Memetik Harian Metro, Mamat berkata dia memahami gurauan Nabil itu yang dirasakan mungkin bermaksud baik namun tidak semua oleh boleh menerima.
BACA: “Saya Cakap Mamat Di Tempat Tinggi Bermaksud Dia Seorang Legend”
“Ia bergantung pada pemahaman masing-masing. Saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Tapi, saya malas nak besar-besarkan perkara ini. Cuma, kalau boleh dia (Nabil) kena lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kata-kata.
“Saya ingatkan kenapa dia kena berhati-hati sebab program ini (ASGV) pun bukan biasa-biasa. Ia antara program yang ‘grand’ terbitan Astro. Jadi, percakapan ‘lepas’ untuk bergurau yang dibuat itu boleh jadi ‘viral’.
“Apatah lagi, saya pula sebelum ini sudah berhadapan dengan beberapa cerita ‘viral’ mengenai penampilan diri yang diperkatakan, jadi apabila timbul gurauan Nabil ini, lagilah menarik perhatian ramai terutama netizen,” katanya.
Terdahulu, Nabil menjelaskan dia mengatakan Mamat berada di tempat tinggi bermaksud penyanyi itu seorang legend namun disalah tafsir oleh sesetengah pihak.
Kata Nabil lagi, sebagai pengacara dia perlu berusaha untuk menghidupkan program popular itu serta memastikan tidak menjatuhkan mana-mana pihak.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js?v=next’);
window.fbAsyncInit = function() {
FB.init({
appId : ‘271636379888218’,
xfbml : true,
version : ‘v3.2’
});
FB.AppEvents.logPageView();
};
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, “script”, “facebook-jssdk”));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source