Khairul Aming tiada aset rumah, hanya ada kereta Bezza
PETALING JAYA – Pempengaruh, Khairul Aming menyifatkan dirinya lebih gemar melabur dalam perniagaan sambal yang diusahakan daripada membeli barangan mewah untuk diri sendiri.
Katanya, pembelian aset yang memberi pulangan wang semula seperti mesin sambal adalah lebih baik berbanding memanjakan diri dengan kereta atau rumah mewah.
“Saya memang tak ada rumah, saya tak ada kereta mewah, ada satu kereta yang baru saya beli pada mak saya tapi bukan untuk saya. Aset saya semua kilang sahaja.
“Saya memang jenis suka melabur dalam bisnes, duit daripada bisnes akan berkembang untuk bisnes semula.
“Bab bisnes saya tidak berkira macam contoh staf nak pakai atau beli mesin ini, okey beli. Tetapi kalau saya nak beli barang sendiri, pergi kedai ini, tengok mahal, letak balik la,” kongsinya menerusi satu klip video yang dimuat naik menerusi TikTok @syaz_aa semalam.
Selain itu, Khairul Aming turut mendedahkan dirinya tidak suka membuat pinjaman peribadi atau bank semata-mata untuk memenuhi kehendak dan menganggap kehidupan bebas hutang adalah jauh lebih baik.
“Saya memang tak ada loan (pinjaman), satu-satunya yang saya ada ialah kereta Perodua Bezza itu sahaja, yang lain semua aset yang dah dibeli dah habis bayar termasuklah dekat kilang.
“Dekat kilang semua mesin juta-juta itu semua dah habis bayar, itu semua aset saya.
“Kalau la satu hari nanti saya mati, bisnes saya tak jalan, keluarga saya boleh jual semua mesin-mesin yang ada, boleh dapat duit daripada itu untuk mereka,” katanya.
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji sikap yang ditunjukkan Khairul Aming kerana tahu membezakan kehendak dan keperluan hidup.
“Khairul Aming, jutawan yang patut dicontohi. Baguslah nak beli apa-apa fikir dahulu, jangan beli ikut nafsu nanti kemudian hari mendatangkan kesusahan,” puji Azura.
Menurut seorang lagi pengguna TikTok, Nina Kirana, kekayaan yang sebenar seseorang itu adalah mereka yang bebas daripada tanggungan hutang. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source