Sekatan eksport India punca beras import mahal – KPKM
JOHOR BAHRU – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berharap dapat mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pertanian dan Kebajikan Petani India secepat mungkin bagi mencari penyelesaian terbaik dalam isu sekatan eksport.
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pertemuan secara kerajaan dengan kerajaan (G2G) itu antara lain bagi mengemukakan permohonan kepada kerajaan India untuk meneruskan pengeksportan beras putih mereka ke negara ini.
Bagaimanapun, katanya, KPKM masih belum mendapat maklum balas daripada Kementerian India itu berhubung penetapan tarikh perjumpaan yang perlu diadakan secepat mungkin.
“Apabila mereka menyekat aktiviti eksport beras putih secara mengejut, itu membawa kesan kenaikan harga beras di Malaysia ini. Beras Basmathi masih boleh diimport dengan banyak tetapi harganya adalah lebih mahal.
“Sebab itu, kita nak berbincang secara G2G bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan beras tempatan yang melanda negara ketika ini.
“Kita masih lagi menunggu tarikh yang diberikan, sekiranya mereka bersetuju untuk mengadakan pertemuan pada minggu ini pun kita boleh pergi,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan Petugas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di Hotel Thistle, di sini semalam.
Mohamad berkata, kenaikan harga itu menjadi punca kebanyakan pengguna beralih membeli beras putih tempatan (BPT) menyebabkan berlakunya sedikit kekurangan bekalan di beberapa lokasi dalam negara.
“Bekalan beras kita masih mencukupi, cumanya kalau harga yang diimport itu tinggi menyebabkan orang mencari beras tempatan terlalu banyak.
“Masalah kekurangan bekalan beras ini merupakan krisis global yang turut menjejaskan banyak negara dan Malaysia dapat tangani isu ini lebih baik berbanding negara lain dari segi kekurangan beras,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source