Bekas ADUN Kemayan meninggal dunia
BERA – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan, Datuk Mohd. Fadil Osman, 58, meninggal dunia di Hospital Bera di sini kira-kira pukul 8.48 malam tadi.
Isterinya, Hamidah Sulaiman, 52, berkata, Allahyarham dikejarkan ke hospital kerana mengalami sesak nafas selepas pulang dari melihat suasana kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai hari ini.
“Arwah teringin tengok suasana pilihan raya jadi dia pergi ke sana (DUN Pelangai) bersama menantu, tetapi bila balik nampak sangat keletihan. Sempat saya berikan air dan dia minum dua teguk sebelum rebah. Menantu segera menghantarnya ke Hospital Bera,” katanya di sini hari ini.
Allahyarham yang memegang jawatan ADUN DUN Kemayan selama tiga penggal sejak tahun 2008 meninggalkan seorang balu dan empat anak perempuan.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kerayong, awal pagi esok. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source