Kasim Samat dipilih sekali lagi calon PN DUN Pelangai
BENTONG – Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Bentong, Kasim Samat, 62, yang menjadi calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 dipilih sekali lagi sebagai calon PN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai yang akan berlangsung pada 7 Oktober depan.
Nama beliau diumumkan oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya dan pengumuman calon PN PRK N36 Pelangai di Simpang Pelangai di sini malam tadi.
Tuan Ibrahim, berkata, Pas menerima tiga nama untuk dipilih sebagai calon dan dibawa kepada Majlis Syura Ulama parti itu.
Katanya, dari segi syarie, Majlis Syura Ulamak mendapati ketiga-tiga nama itu layak lalu parti mempertimbangkan yang terbaik daripada kalangan mereka.
“Lalu parti bincang semua terbaik, siapa hampir dengan pengundi sebab dia nak jaga rakyat. Jadi kita pilih calon dari Pelangai yang bergelumang dengan tuan-tuan, bukan yang lahir di sini tetapi duduk di Kuala Lumpur atau tempat lain.
“Saya dengan ini mengumumkan calon yang telah disepakati oleh PN yang akan bertanding di N.36 Pelangai, Cikgu Kasim Samat,”katanya.-KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source