[VIDEO] Ahmad Maslan kongsi masak nasi goreng, beras pula jadi isu
PETALING JAYA – Jika sebelum ini perkongsian video memasak nasi goreng daripada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan meraih pujian ramai, namun kali ini sebaliknya berlaku.
Hantaran videonya di Facebook itu membawa fokus orang ramai terhadap isu beras yang hangat diperkatakan rakyat, kini.
“Inilah rupa nasi goreng istimewa petang ini, balik daripada kerja sebelum saya pergi ke Kuching, Sarawak, untuk persidangan.
“Dalamnya ada macam-macam sayur, cendawan, brokoli, telur, ayam, bawang dan perisa,” katanya menerusi video tersebut.
Orang ramai rata-rata mengingatkan Ahmad untuk berjimat dan memintanya menggunakan teknik ‘merebus’, ekoran harga beras yang meningkat kini.
“Resepi bubur nasi la pula Datuk, jimat sikit beras. Musim beras mahal ni,” kata Noraidah Harun.
“Duit tu Datuk, hati-hati dengan beras sekarang,” pesan Ar Juna.
“Dulu hari-hari boleh goreng nasi Datuk, sekarang ni kena makan nasi rebus, jimat. Beras mahal, Datuk!,” ujar Khairiel. – KOSMO! ONLINE.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source