Pengganti Salahuddin akan diisi segera
PUTRAJAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih lagi ‘berteka-teki’ dalam soal calon sesuai bagi mengisi kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Menurutnya, beliau memberi jaminan kekosongan itu akan diisi secepat mungkin.
“Insya-Allah kita akan isi kekosongan (jawatan), kalau ada cadangan sila tulis surat kepada saya secepat mungkin,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya akan berlaku rombakan kecil dalam Kabinet bagi mengisi kekosongan jawatan menteri KPDN itu susulan kematian Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.
Ditanya sama ada kerajaan akan meletakkan calon Ahli Parlimen Parti Amanah Negara (Amanah), Suhaizan Kayat yang menang di Parlimen Pulai baru-baru ini, Anwar bagaimanapun enggan mengulas perkara itu.
“Kena tulis surat kepada saya, saya timbang,” katanya ketika ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Nasyrul Quran di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan dua Ahli Parlimen daripada Amanah disebut-sebut sebagai individu yang akan mengisi kekosongan jawatan menteri KPDN.
Mereka ialah Ahli Parlimen Alor Gajah, Adly Zahari yang kini menyandang jawatan Timbalan Menteri Pertahanan dan seorang lagi Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Suhaizan yang juga ‘orang kepercayaan’ Allahyarham Salahuddin berjaya memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti lebih 18,000.-UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source