‘Anwar campur tangan kes Zahid atau tidak, biar masa tentukan’
LARUT – ‘Kebenaran akan terungkap juga satu masa nanti,’
Demikian respon yang diberikan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berhubung penafian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan tidak campur tangan sehingga Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada 47 pertuduhan baru-baru ini.
Menurut Hamzah, rakyat akan sentiasa membuat pernilaian berhubung perkara itu sama ada beliau benar tidak campur tangan atau sebaliknya.
“Apa pun yang kita cakap, dia (Anwar) pasti akan kata tidak campur tangan. Kalau kita kata ada bukti campur tangan sekali pun, dia pasti tidak akan mengaku. Jadi biarlah kerana satu masa nanti kebenaran akan terungkap juga,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri dan merasmikan Mesyuarat Bersatu Cawangan Sungai Pulau di Batu Kurau hari ini.
Kata Hamzah, Anwar sudah menjawab dengan mengatakan sejak awal lagi telah melakukan kesalahan semasa kes dibawa ke mahkamah.
“Itu yang dia jawab, kalau dulu dia kata tak betul, kenapa bila pergi mahkamah, macam mana mahkamah boleh buat keputusan wujudnya prima facie? Adakah Anwar ingin mengatakan, hakim buat keputusan yang salah dan pihak pendakwa raya dalam kes itu tidak cekap pada masa itu,” soalnya.
Tambahnya, pendakwa raya yang membawa 47 kes ini juga terpaksa berhenti.
“Di luar bolehlah bercerita kata, pendakwa raya yang hendak berhenti tapi hakikatnya apa yang sebenarnya berlaku.
“Sebagai contoh, jika seorang pemain bola telah menjaringkan gol untuk pasukannya dan untuk penentuan keputusan, pemain itu sedang membawa bola ke pintu gawang dan hanya perlu membuat rembatan sahaja ke dalam gawang tetapi secara tiba-tiba berhenti dan digantikan dengan pemain kaki bangku, masuk akal tak?” katanya
Tambahnya, itulah gambaran bagi memudahkan untuk orang ramai berfikir sama ada logik atau tidak pendakwaraya dikatakan mengambil keputusan untuk berhenti.
Terdahulu, Anwar menyifatkan Peguam Negara,Tan Sri Idrus Harun memberikan penjelasan sewajarnya sebelum menamatkan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara.
Menurut laporan akhbar, Anwar meminta peguam negara kemuka fakta dan bukti dan Idrus telah sertakan 11 fakta untuk mahkamah untuk hakim membuat keputusan. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source