Polis UAE rampas 13 tan biji amphetamine bernilai AS$1 bilion
DUBAI: Polis Emiriah Arab Bersatu (UAE) berjaya mematahkan sindiket penyeludupan dadah antarabangsa selepas merampas 13 tan biji pil amphetamine yang disembunyikan dalam barangan perabot.
Dadah bernilai lebih AS$1 bilion (RM4.68 bilion) yang dikenali sebagai Captagon itu ditemui selepas polis mengesan lima kontena barangan perabot yang mencurigakan.
Rakaman video menunjukkan polis di Dubai mengumpil 432 panel kayu dan 651 pintu perabot sebelum menemui dadah berkenaan.
Ketua Jabatan Narkotik Polis UAE, Mejar Jeneral Eid Mohammed Thani Hareb memaklumkan, sindiket itu menggunakan UAE sebagai tempat persinggahan sebelum menghantarnya ke negara lain.
Enam individu telah ditahan berkaitan penemuan dadah tersebut yang disifatkan sebagai rampasan terbesar pernah dilakukan polis negara itu.
Sering dipanggil ‘kokain orang miskin’, Captagon merupakan dadah paling popular dalam kalangan belia di negara Teluk Arab.
Pihak berkuasa tidak menyatakan negara asal dadah itu dihantar namun Captagon dipercayai dihasilkan dalam kuantiti banyak di Syria, namun dinafikan kerajaan negara itu.
Sebelum ini 14 tan pil Captagon yang disembunyikan dalam kontena mengandungi kertas dan roda gear di Itali pada tahun 2020.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source