Fazura Akui Kecil Hati, Luah Kekecewaan Terhadap Seseorang
Pelakon dan penyanyi, Nur Fazura enggan memberikan komen mengenai perkongsian luahan berbaur kekecewaan di TikTok, baru-baru ini.
Memetik BH Online, Fazura berkata ia terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum serta tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
BACA: Fazura Dedah Ada Pelakon Wanita Cuba Sondol Fattah Amin
“Itu hal peribadi, jadi saya tak boleh nak kongsikan. Kita buat semuanya kerana Allah. Mungkin sesetengah manusia berat untuk berterima kasih dan ada isu-isu yang membuatkan saya berkecil hati sedikit.
“Saya nak hidup tenang, jadi apa-apa perkara yang buat terganggu, saya mahu elakkan. Itu lebih baik daripada orang berkecil hati. Saya nak hidup tenang dan tak mahu tertekan. Saya mempunyai keutamaan melindungi ketenangan saya,” katanya.
Dalam pada itu, Fazura berkata dia mahu menjauhkan diri dari perkara yang mengganggu ketenangan diri dan membuatkan dirinya tertekan.
“Saya perlu jauhkan diri perkara yang buat saya tertekan seperti rakan atau keluarga jauh yang memberikan saya kekecewaan. Saya terpaksa jauhkan diri sebab saya perlu melindungi ketenangan saya. Saya sudah buat bahagian saya, itu sudah mencukupi,” katanya.
Terdahulu, Fazura memuat naik hantaran di TikTok seolah-olah meluahkan rasa kecewa terhadap seseorang.
“Menjauhkan diri bukan kerana membenci tapi sudah cukup kecewa di hati. Semoga kita sentiasa bijak menghargai seperti mana kita mahu dihargai,” tulisnya.
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js?v=next’);
window.fbAsyncInit = function() {
FB.init({
appId : ‘271636379888218’,
xfbml : true,
version : ‘v3.2’
});
FB.AppEvents.logPageView();
};
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, “script”, “facebook-jssdk”));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source