[VIDEO] Jangan tuduh kami tuang minyak atas jalan – Abang Towing
PUTRAJAYA – Insiden kemalangan empat kenderaan yang berlaku di laluan dari pusat beli-belah IOI City Mall menuju ke Presint 15 di sini, semalam, dilaporkan berpunca daripada tumpahan bekas minyak yang terjatuh daripada sebuah lori.
Punca kemalangan itu sekali gus menepis dakwaan segelintir pengguna media sosial yang mendakwa keadaan jalan berminyak menuju ke Presint 15 dan Presint 16 itu dilakukan oleh kumpulan ‘Abang Towing’ demi mendapat tugasan menunda kereta.
Menurut pemilik Alang Auto Assist, Muhd. Fikri Abdullah, kejadian insiden yang turut melibatkan seorang penunggang motosikal itu terjadi selepas berlakunya tumpahan minyak daripada bekas yang diletakkan di belakang lori.
“Jadi, saya ingin menegaskan, kejadian tumpahan minyak itu tiada kaitan dengan kumpulan penunda kenderaan. Sebaliknya, kami berada di situ untk menunda kenderaan terlibat dan bukannya menjadi punca kepada kemalangan itu.
“Selain itu, kawasan Putrajaya juga merupakan antara lokasi popular berlaku kemalangan lebih-lebih lagi ketika hujan lebat apabila jalan menjadi licin,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini tadi.
Terdahulu, tular di laman media sosial yang memaparkan beberapa kenderaan terbabas selepas jalan dilalui mereka ditumpahi dengan minyak.
Dalam rakaman video itu turut memaparkan seorang penunggang motosikal menjadi mangsa kemalangan secara ‘live’ disebabkan jalan licin ekoran dipenuhi minyak. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source